Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi dengan kelahiran puteri ke-5 bapa saudara...penyeri rumah tangga pasangan Md Saifullizan dan Nora :)
Seindah dan sesuci Maryam
Imam al-Ghazali telah mengemukakan beberapa
adab menyambut kelahiran cahaya mata iaitu:
1. Jangan terlalu gembira apabila menerima anak
lelaki atau terlalu berdukacita apabila mendapat anak perempuan. Berapa ramai
orang yang dianugerahi anak lelaki berasa kesal di kemudian hari. Dia berangan kalaulah anak itu
tidak dilahirkan sama sekali atau anak itu perempuan. Bahkan menerima anak perempuan itu ada kalanya lebih besar pahalanya.
Hal ini sebagaimana hadis daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan atau saudara perempuan,
lalu ia berbuat baik kepada kedua-duanya selama ia berdamping dengan mereka,
nanti kelak di dalam syurga, saya dan dia seperti dua jari ini.” (Riwayat Ibn Hibban)
2. Melaungkan azan di telinga bayi sebaik sahaja
ia dilahirkan.
3. Memberikan nama yang baik. Sesiapa yang telah diberikan
nama yang tidak baik, sunat diubah nama itu dengan nama yang lain.
4. Aqiqah iaitu menyembelih dua ekor kambing bagi
anak lelaki atau seekor kambing bagi anak perempuan. Kemudian disedekahkan emas
atau perak seberat rambut yang dicukur pada hari ketujuh.
5. Tahnik atau disebut belah mulut iaitu dengan
memasukkan sedikit benda manis seperti kurma ke dalam mulut bayi itu.
Oleh: Datuk Haji Ismail Kamus
Al-Ustaz isu no 5