Tuesday 29 March 2011

Surat Buat Muslimin

 
SURAT BUAT    MUSLIMIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله والحمد لله
Kepada pembaca yang dikasihi dan tidak jemu dengan saya,
             Di sini ana ingin menyentuh tentang gejala sosial yang dilakukan oleh sesetengah pelajar muslimin. Tentang pelajar muslimin yang suka ponteng kelas dan sekolah serta bergaul dengan budak-budak yang nakal. Akibat daripada itu, mereka suka membuli orang yang lebih kecil daripada mereka kerana merasakan diri mereka hebat.
             Ada juga pelajar muslimin yang suka merosakkan harta benda sekolah. Harta benda sekolah adalah harta orang ramai. Jadi, mereka tidak boleh membuat seperti harta mereka sendiri. Ada juga yang suka menghisap rokok walaupun mereka tahu bahawa rokok itu amat merbahaya dan sudah banyak kempen yang dibuat oleh kerajaan. Tetapi, mereka masih lagi menghisap rokok kerana ketagihan. Ada sesetengah tu siap habaq. “lelaki mesti hisap rokok, kalau tak hisap, bukan lelaki namanya.” jap-jap, ini ke lelaki? Takkan la muslimin yang sebegini yang akan menjadi ketua sesebuah keluarga atau mewarisi pemerintahan negara? Ana tok se. antum dan antunna plak lagu mana? Nak?
             Ni so lagi ana nok oyak, meme sengoti la masalah gewe ni. Mereka bercinta, mereka terlalu asyik dengan dunia mereka sehinggakan ada yang terus tidak menghiraukan pelajaran walhal mereka tahu itu tidak kekal dan hanyalah cinta monyet menurut apa yang dikata orang dan mereka sendiri yang berkata. Bodoh kan? Dah tahu tapi wat tak tahu. Nak jadi macam monyet jugak ke? “ho ho” sajo. Tak dok hasil. Ado tu, mulo-mulo wat adik angkat ja, abe angkat, alik-alik diri sendiri yang terangkat. Ish, ish, ish...masalah, masalah. Ado tu sanggup perabih pitih wat beli top-up. Kalu top-up soghe bleh kiro ni sampai ko gewe pun antum tolong wat masuk kredit. Kayo bunyi dih? Cikgu suruh beli buku, tak dok plak pitih. Cint..cinta.. Ada apa dengan cinta manusia?
             Ada juga dalam kalangan antum ni yang suka bergaul dengan mat-mat motor. Kononnya nak jadi hero la tu. Ana yakin yang antum tahu risiko yang bakal menimpa antum kalau berlaku sesuatu yang tak diingini. Tapi bakpo duk wat semace nyoh? Nga main buleh nga nyawa ni. Betul dok kalu ana oyak, sampai ada dalam kalangan antum ni siap berpegang dengan prinsip mat rempit? Prinsip tu berbunyi, “kalau takde calar-calar kat badan bukan mat rempit namenye.” kalu yo pun nak mencungkil bakat yang terpendam, gi la kat litar nuh. Lebih selamat. Kat litar tu, antum nok wat willy ko, wekang ko, ikut antum lah. Nok wat lebih pado tu pun bleh.
             Dalam banyak-banyak hal, hal ni la hok ana benci sekali. Antum sebagai pelajar Islam, sementelah pula ada basic agama, jangan la samakan diri antum dengan pelajar yang tiada basic agama. Pakaian selekeh, pahtu tunjuk lagok pulok nga cikgu-cikgu. Kalu hok jurus, baik tu gak nga cikgu, kalu hok tok jurus…………………………….
Antum sambung sendiri lah. Tolonglah sedar...susoh la kalu cikgu segho hati nga kito.  Sungguh ana oyak, ramai doh hok kecundang sebabnya cikgu segho hati nga perangai mereka. Ghano kalu jadi ko antum sekalian? Tok sie ko cikgu ko? Penat leloh mari ngajar, antum wat sedo ja. Berubahlah. Ini untuk masa depan antum jugak. Bukan kat dunia je, malah akhirat juga.
             Solat merupakan tiang agama. Solat merupakan tiang agama. Jika jita meninggalkannya, bermakna kita telah meruntuhkan agama Islam. Banyak kali doh ustaz ustazah oyak, tapi ado jugok hok keras pedal. Wahai antum sekalian, susah sangat ke nak pergi sembahyang ni? Tahu tak, meninggalkan sembahyang boleh buat antum jadi gelap. Tak semena-mena, antum dah calitkan kotoran pada hati antum. Pahtu ngadu payoh nok pehe la hok cikgu ajar, padahal, berpunca dari diri antum sendiri hok malas semaye. Kalu cikgu tegur, oyak cikgu tok sporting la, itu la, ini la. Sampai ada yang nak tunjuk dio ni boikot kat cikgu-cikgu dengan ponteng kelas cikgu tersebut dan berkawan dengan budak-budak nakal yang lain.
             Ni masuk cerita lain pulak. Ada dalam kalangan antum ni, kat sekolah, Ya Allah...sopan la, tok leh tek nah bab pakaian tapi bilo kat umoh, lain pulak ceritanya.  Sekalipun antum ni lelaki, batas aurat tu kena la jaga jugak. Kito sokmo dok dengar pasal masalah muslimat yang tak menutup aurat, tapi muslimin pulak, macam mana? Kalau ye pun nak pakai seluar pendek, diar la yang melepasi paras lutut. Memang la bagi antum biasa, tapi aurat tetap aurat kan?
             Islam telah menetapkan bahawa tiada istilah cinta antara teruna dan dara sebelum perkahwinan. Yang menghairankan ana adalah macam mana antum siap boleh monggek lagi nga gewe antum sedangkan antum ni seorang yang beragama Islam. Tak takutkah antum dengan azab Allah Ta’ala? Tak kasihankah antum dengan ibu dan ayah antum? Macam mana antum senang-senang je menconteng arang ke muka mereka? Mereka punyalah hantar antum ke sekolah agama, berharap sangat antum menjadi anak yang soleh. Tapi apa yang antum balas? Antum balas dengan titisan air mata ibu dan ayah antum. Ya Allah, alangkah berdosanya hamba jika hamba berbuat begitu kepada ibu dan ayah hamba. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangiku semenjak dari kecil lagi.
             Akhir sekali, ana ingin mengajak diri ana sendiri serta semua kaum muslimin untuk sama-sama menginsafi kesalahan diri. Insaflah sebelum terlambat. Masih belum terlambat untuk antum kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka luas kepada mereka yang ingin bertaubat. Jadilah seorang muslim sejati. Bukannya mat rempit sejati. Rajin-rajinlah ke masjid dan membaca al-Quran serta dengarlah ceramah-ceramah agama agar yang gelap tadi menjadi terang semula dan jangan malu untuk berubah dan dekat dengan Allah. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNYA yang ikhlas dan beristiqamahlah.
              Sekali lagi ana menyeru kepada antum semua, berubahlah agar kita semua akan menjadi pelapis kepa tokoh-tokoh agama dan pemimpin Negara  agar tidak dijajah oleh bangsa asing serta pengaruh barat yang semakin sebati dengan jiwa remaja sekarang. InsyaALLAH, semoga usaha kita mendapat keredhaan dan keampunan AlLAH.AMIN……………
            


No comments:

Post a Comment